Tauhu dilihat sebagai makanan rendah lemak dan rendah kalori, selain kaya protein, kalsium dan lemak tidak tepu serta dianggap sebagai sumber nutrisi yang lengkap. Ia bagus sebagai sumber daging dan sajian berkhasiat untuk pemakanan sayur-sayuran.
Tauhu boleh digoreng begitu saja dan dimakan panas atau ditambah sayur-sayuran. Tauhu juga enak di bakar dan dimakan bersama sos. Ada pelbagai jenis tauhu segar dan tauhu yang sudah diproses.
Bau dan rasa tauhu agak lemah jadi ia di gunakan semasa memasak disesuaikan dengan jenis masakan. Antara khasiatnya merendahkan risiko penyakit jantung, tahap kolestrol, mengurangkan risiko osteoporosis menerusi kandungan kalsium yang tinggi, mengurangkan risiko kanser prostat dan payudara serta simptom monopaus awal.
Tauhu kurangkan risiko kanser dan monopaus
Posted by Zul Fadli
Blog, Updated at: 5:44 PM

0 comments:
Post a Comment